Wednesday, March 24, 2010

Jatuh bangun merangkak bersama iringan doa restu emak.

17hb July 1963.
Alhamdulillah. aku dilahirkan dalam keadaan kaya,
kerana cukup sifat ku.
Walupun hakikatnya, aku dilahirkan tanpa seurat benang, dan emak menyaluti tubuh ku dari sisa2 kain ikhsan.
tiada gambaran ingin kupahatkan dalam memory ini.
kedaifan/kemiskinan tidak dapat merakamkan memory ketika aku seusia sebegini.
(Nuratirah husna@anak saudara)





Ketika usiaku sebegini.
aku sering menemani emak ku pergi mlm hari kerana mengambil upah menyungkil kelapa kering yg telah disalai. Utk membantu emak menjaga adik ku yg masih bayi .

Sebelum ini mungkin abg ku serta kakak2 ku juga lakukan perkara yg sama seperti ini.









Memori silam ku..
photo imej sumbangan yg berbahagia ustaz basri,
sek. keb. matang kunda, bgn datoh-1970.
thn pertama & pertama kali memakai uniform dari hasil sebahagian titik peluh sendiri dgn membantu emak & bapak mengambil uph memungut buah kelapa yg gugur serta menebas rumput.
aku yg berdiri dibaris tengah sebelah cikgu Abdullah, berkaca mata adalah ustaz Basri.
ketika ini bekal sentiasa ku bawa utk mengalas perut.
antaranya ubi kayu, pisang, keledek & lain2 sumber hasil tanamam emak & bapak ditanah rezab.



Pertamakali ke negeri org.
wang saku yg ku bawa ketika itu cuma RM10.
sedang rakan2 10 kali lebih dari itu.
manakala, sebahagian wang tambangnya ikhsan belas dari ustaz basri.
(setiap kali ustaz mengajar, pasti saya terpaksa berdiri di depan bagi membantu rakan2 mempelajari al-quran)
(tksh cikgu2 & ustaz basri. masih segar dlm ingatan ku akan jasa2 mu. Allah sahajalah yg akan membalasnya)

Aku duduk berseluar putih.
(Asrama putra)
Imej memory hidupku hampir lupus kerana terkena air hujan yg membasahi tempat tidur, rak pakaian & buku2.

Bila masa hujung minggu,
aku tidak melepaskan peluang keluar membantu rakan sekelas(bangsa china) di kedai makan bapanya mengambil upah mencuci pinggan mangkuk. dari wang tersebut bolehlah membeli pakaian, makanan & peralatan sekolah. ketika ini juga aku sering kesawah bendang mengambil upah menuai padi setiap kali musim menuai di SG. Besar.

No comments:

Post a Comment