Sunday, March 28, 2010

Jatuh bangun merangkak bersama iringan doa restu emak.2

Kemana saja ku pergi, Doa restu mak mengiringi.
Tahun-1978
Aku ketika berusia 15thn. hanya kakak sulung, Hjh Siti Rohani tiada dalam imej utk kupatri sebagai memori hidup ku.

Dibelakang kami, sebuah pondok tempat kami berteduh dari panas dan hujan. perjumpaan biasa setiap kali cuti penggal persekolahan, Abg ketika ini bersekolah di Sek. Izuddin shah Ipoh. Tingk-5.

Baju yg saya pakai meninggalkan kesan mendalam yg tak dapat ku lupakan.
seorang makcik telah memberi baju2 lusuh pada mak utk lap lantai atau kaki. oleh kerana masih sempurna tiada cacat celanya. saya ambil dan pakai, suatu petang sedang bermain bola dgn rakan2, tidak sengaja bola tu menuju kearah jln secara kebetulan makcik sedang berdiri disitu., makcik memanggil ku, dgn linangan air mata memandang ku, mungkin beliau tidak dapat menahan perasaannya lalu memelok dan mencium ku tanda belas simpati. aku tersipu2. alhamdulillah.. itu dahulu, jika ketika ini mungkin ada yg ambil kesempatan utk dijadikan bahan bualan. (hingga saat ini, setiap lebaran pasti aku tak lupa menziarahinya, smga allah memberi yg terbaik utknya didunia dan akhirat)

Tahun-1981
Selain dari aktivity2 belia dan disurau kariah.(kompang, marhaban & berzanji)

sisa2 masa yg ada saya turut luangkan utk Menghiburkan hati dan minda.

(klik agar lebih memahaminya)

Banyak cabaran dizaman remaja,
Alhamdulillah, saya tak pernah lupa kpd yg ESA.
kerana aku sentiasa REDO dan bersyukur seadanya.

Habis alam persekolahan ku.
aku bertekad utk membantu sebagaimana kakak2 yg terdahulu membantu emak dan bapak agar adik2 berjaya.





Tahun-1990 (06hb.Nov)
Di iringi bersama doa restu emak.
Aku bergelar Lucky nya CT. (luckyCt) gelaran yg biasa oleh shbt2 KLfm.

Ulang thn perkahwinan ku yg ke-19thn




Tahun-2007
Kenagan selepas tahlil doa slmt keluarga.
Sudah lebih 5thn bapak tidak dapat mengimamkan jemaah2 dikariah selepas penglihatannya semakin kabur serta pendengarannya kurang jelas, arwah juga sudah tidak aktif dalam apa jua activity masyarakat di kg.


Masa terlalu pantas mengejar ku,
Kini semua tinggal kenangan suka duka
Menongkah arus bersama iringan doa dan restu emak ku.

Jujungan tksh kpd shbt2 ku

Bapak mengikut emak kepintu syura(insya'allah)

AL-FATIHAH.
 smga ditempatkan bersama2 dalam golongan mereka yg terbaik antara yg terbaik disisi Allah.
Amin...







No comments:

Post a Comment