Thursday, March 11, 2010

Takdir penentu segala.


Sebahagian anak menantu serta cucu dan cicit emak.





Tidak terduga oleh kami semua, akhirnya kau pergi dulu Emak ku.
 AL-FATIHAH.
 Smga ditempatkan bersama2 mereka yg terbaik, antara yg terbaik disisinya.

Telah ku tambat dalam hati ini, utk mu.. ku akan senantiasa mengirigi doa, agar Emak dan bapak ku damai disana.

Mungkinkah takdir atau janji setia mu utk hidup bersama hingga keakhir hayat mu.




Ramadhan terakhir.
(berbuka puasa dipondok ku, turut serta adik lelaki bongsu bersama anak dan is3)
Aku sering teringatkan kata2 emak pada waktu ini dan sehiggalah almarhumah  mengulangi kata2 buat kali terakhir 5hari sebelum pemergiannya pada 23hb Jan 2010(bersamaan 7Safar) pada jam 4.30pg.

Kata mak. "Kalau bapak dah pergi, mak akan tinggal bersama kamu". Aku bersyukur kehaderat ILLAHI, smga dgn ini dapatlah saya menumpukan sepenuhnya masa yg terluang utk emak. bagi membalas jasa mak dan berbakti utk emak.

Namun apakan daya ku,
Belum puas ku berkorban dan berbakti utk emak,
takdir telah menentukan segalanya, mak pergi dulu sebelum bapak menyusul 15 hari kemudian.



Kata2 itu membuatkan aku tidak boleh melupakanya sampai bila2.
apatah lagi dgn disusuli mimpi jam 2.30pg mlm sebelum pemergiannya.
Dan disusuli pada jam 3.30pg sewaktu dlm perjalanan dari JB ke KL utk pulang ke Perak. Iaitu 1jam sebelum emak pergi buat selama2nya.

Dalam mimpi, emak yg ketika itu sedang memakai barang2 kemasnya namun tidak pula kelihatan barang2 kemas yg saya dan is3 belikan sempena hari ibu1996, 2003 dan 2008 lalu. Dalam mimpi itu juga emak meminta agar saya memenuhi impiannya utk menambah rantai leher berserta loked. secara kebetulan, keadaan kewangan ketika itu tidak mengizinkan maka saya memohon maaf pada mak kerana tidak mampu utk memenuhi permintaannya. (penyesalan lepas tersedar, kenapa saya tidak menjawap insya'allah)

Bapak telah lebih 2 thn tidak dapat melihat dan kurang jelas pendengaran,
bahkan tidak dapat bergerak dgn sempurna. mandi dimandikan, makan disuapkan, air wuduk sentiasa jiruskan.

Kami sudah berserah pada ALLAH,
daripada bapak terus derita.
(Abg ipar yg sulung diapit almarhum dan almarhumah)


Kepada mu Emak dan bapak.
Kami bersyukur
Dari benih dan usaha mu,
dgn berkat doa restu mu,
Maka lahirlah kami bagi meneruskan sisa2 kehidupan,
Smga kami sentiasa mendapat keberkatan dgn keimanan. 













No comments:

Post a Comment